Trip Kepulau Jarak 17 dan 18.09.2011

SILA LAWATI VIDEO KAMI DI YOUTUBE TAIP
IMPIAN ANGLERS PULAU JARAK

Pulau Jarak merupakan sebuah pulau yang agak jauh dari Tanah Besar,jarak dari Tanah Besar atau Lumut Perak dalam sekitar 34 km dan mempunyai keluasan lebih kurang 8 hektar dan purata kedalaman sekitar pulau ini anggaran 45m hinga 50m.Pulau ini tidak mempunyai pasir pantai melainkan batu batu dan tebing yang curam,kepada yang berminat memancing persisir pulau ini sangat sesuai sebagai distinasi memancing
Trip kali ini dianggotai oleh 8 orang ahli IMPIAN ANGLERS yang datang dari MERU KLANG, Lubuk sasaran adalah sekeliling pulau jarak sahaja. kerana ini adalah lebih kepada trip pengenalan bagi TEAM IMPIAN ANGLERS dgn 8 orang ahli.Trip 2 hari 1 malam ini menyasarkan spesis ikan-ikan karang ‘Table Size’ yang sememangnya banyak terdapat di sekitar pulau ini
Rileks Tunggu Bot Datang
Belum Naik Bot Dah Pening..adoiii
Team Impian Anglers tiba di lokasi untuk menaiki bot (Teluk Muruh) sekitar jam 8.00 pagi. Masing-masing mengambil kesempatan untuk berehat sebentar sambil menunggu bot AD-1 mengambil dan memunggah peralatan dan bekalan ke dalam bot yang sampai pada jam 8.30 pagi.
Inilah Bot Hensem Yang Kami Naik
 Sekitar jam 8.45 pagi, bot pancing yang dikemudi oleh Tekong AD dgn dibantu oleh 2 awak awak  memulakan perjalanan ke Pulau Jarak. Perjalanan yang mengambil masa sekitar 3-4 jam.dimanfaatkan dengan membuat ikatan tali perambut dan tak kurang juga ada yang mengambil kesempatan untuk ‘merehatkan badan, semasa dlm perjalanan terdapat  kawanan ikan lumba-lumba menghampiri bot namun tidak berkesempatan merakamkan aksi ikan lumba-lumba sebagai tanda kenang-kenangan
Akuu BOS..Kena Duduk Sorang Sorang Atas Niii
Tok Bilal,Tok Iman Dan Tok Siak..Semua Ada.
Nak Secawaaann.Senaman Kembangkan Punggung
Aku Paling Hensem Sekali Taaauuuuu
 kami singgah di lubuk pertama tekong mencadangkan agar kami mencuba teknik jigging kebetulan di lubuk ini kelihatan banyak spesis ikan aruan tasik berlegar berhampiran unjam  TEAM IMPIAN ANGLERS  tidak melepaskan peluang untuk mempraktikkan teknik jigging dengan berbekalkan  JIG STARLIT bersaiz 150 gram ke 200gram. Tidak sampai 5 minit mengunjun jig kami telah disambar aruan tasik bersaiz mega tanpa segan silu, kawanan ikan aruan tasik disini tidak sombong malahan tidak memilih warna jig yang kami bawa mungkin spesis ini rabun warna agaknya 
sebahagian besarnya memdominasi bersaiz sekitar 8kg hingga 25 kg. di antara lain spesis ikan yang sudi menjamah JIG kami ialah yu cicak yang rata-ratanya juga bersaiz 10kg – 20kg. Kami sangat berpuas hati dengan hasil di lubuk yang pertama.

Duduk Dgn Sopan..Mancing Ke Makan Angin Abg Jo Tuuu (baju kuning)

Jeha

Zaidi Atau Nama Glamournya PUNAI

Rudy

Azlan

Rosdy..Control Macho Nampak

Hasni

Aktiviti pancingan sebelah petang agak suram kerana tidak satu pun dari flying jig atau popper kami disambar oleh sekawanan ikan ikan GT yang bermaharaja lela di pesisir pulau jarak.Pada  awal malam akiviti mencandat sotong dilakukan namun hanya seekor sotong sahaja yang berjaya dicandat walaupun terdapat banyak kelibat sotong menghampiri bot AD-1 setelah dilimpahi cahaya dari sportlight .Pertengahan malam kami mengambil keputusan berlabuh di tepi pulau untuk memburu spesis ikan sisik sambil mengharap ikan pemangsa lain seperti Tenggiri, Talang dan Gerepuh untuk membaham hirisan kembung dan sotong  Usaha kami berhasil dengan beberapa ekor spesis jenahak dan kerapu seberat 2 hingga 3kg yang berjaya kami tawan dengan kaedah pancingan dasar

Arus air yang sangat laju menjadi salah satu faktor utama yang menyumbang kepada kurangnya hasil pancingan  pada sebelah malam. Sekitar pukul 3.30 pagi semua ahli mengambil keputusan untuk tidur bagi mengumpul tenaga untuk keesokan harinya

 Sekitar jam 7.30 pagi,Hujan lebat berserta ribut sedikit sebanyak menggangu aktiviti kami.Hari kedua tidak banyak bezanya dengan semalam kerana kawanan specis GT dan cupak enggan melahap flying jig dan popper yang kami hulurkan. Kami pula beralih kepada teknik trolling,

Macam Askar Vietnam

Abg AD Tgh Memasak..Masakannya Memang Sedap

Jejaka Hensem Katakan..Kena Control Macho

Saya Abg Long…Saya Bukan ALONG

Hujan Dgn Ribut..Semua Ikan Cabut

Abg Jo..Tgh Di Buai Mimpi..Katanya Mimpi Kena Kejor Hantu

Mantap

Popper Ni Harap Mahal Jee..Sekor Ikan Pun Tanak Sambar

Teknik ini juga tidak memihak kepada kami,  

Sebahagian ahli kembali mencuba teknik popping sekali lagi kami dihampakan apabila popper kami hanya dibaham seketika sang GT yang berjaya melepaskan diri terlebih dahulu sebelum dapat kami daratkan. Faktor arus air yang sangat laju berserta hujan lebat dengan alunan ombak besar menjadi salah satu faktor utama yang menyumbang kepada kegagalan hasil teknik poping dan trolling

Hujan Berterusan Hingga Ke pukul 10.00 pagi

 Bos kami..Pengerusi Impian Anglers En Azlan Tgh Memikirkan Sesuatu

apoo den nak buek niiii…adoiiiii

Jam 2.00 petang kami berangkat pulang, kami sempat singgah dilubuk aruan tasik,

Macam Belangkas Dia Org nii

Macam Mana Tok Bilal Boleh Jadi Camni nii

Tengah Baca Doa

 Kali ini kami melakukan kaedah tangkap dan lepas.

Tangkap Dan Humban

Jejaka Paling Hensem Abad Ini

Kami mempertaruhkan peralatan seperti  JIG STARLIT 100g dan rod jigging PE2 dan PE3 dengan tali utama jenis suffix gold dan spider red berkekuatan 30-50 paun beserta spinning dari jenis Shimano alivio dan Ryobi Applause 8000 serta AP Power 8000. Satu demi satu specis aruan tasik seberat 15-25kg kami naikan dengan selamba sambil gudang garam suria berasap asap dibibir masing masing.Jelas terbayang kepuasan tidak terhingga setiap ahli IMPIAN ANGLERS,setelah puas teknik tangkap dan humbam kelaut kami pun berangkat balik dengan rasa syukur kehadrat ilahi kerana melindungi kami dari perkara yang tidak diingini berlaku.

MARI KITA LIHAT AKSI JUARA TRIP KALI INI
 
 Atas Darat Asyik Tidur Jeee Bila Ada Peluang

 Dalam Bot Pun Sama Asyik Membuta jee

 TAPI BILA DIA JAGA SEMUA IKAN BESAR BESAR DIA SAPU BERSIH

LEPAS TU DIA RILEKS SAMBILGULUNG ROKOK LENTENG(CENGKIH)

Tahniah!! Buat pengarah teknikal IMPIAN ANGLERS En Rudy kerana Satu rekod peribadi buat beliau dan kenangan yang tidak dapat dilupakan oleh semua ahli IMPIAN ANGLERS
Kami tiba di Teluk Muruh pada sekitar jam 6.45 petang. Trip ditamatkan sekitar jam 10.30 malam setelah proses pembahagian ikan dilakukan dipusat operasi kami di meru klang.
Keseluruhan Hasil yang dibawa pulang:
– Ikan jenahak (Skala 1kg – 2kg) – Mencecah 5 ekor
– kerapu – 8 ekor
– Kerisi – 20 ekor
– merah – 2 ekor
-Aruan tasik – 10 ekor
– Lain lain – Malas nak kira .. hehehe

Kesimpulan Trip:– Tiada spesis GT/ Cupak/Baracuda/Ibu keisi dan lain lain ikan champion yang dinaikkan kerana pancingan menumpukan kawasan persekitaran pulau sahaja (Trip Pengenalan)

KOMEN DARI IMPIAN ANGLERS
– Servis dari Tekong adalah sangat memuaskan ( Peramah, Rajin berpindah jika tiada ragutan, menyediakan makanan Yang Sedap Sedap dan minuman sepanjang trip)

– Kemudahan di atas bot adalah sangat memuaskan ( Tandas, Dapur dan Tempat Tidur yang baik) Cuma Batang Paip Tandas Tu Pendek..Duit Yg Kami Simpan Berterabur Atas Lantai Tandas Bila Kami Flush

– Ahli Ahli dari tekong AD-1 sangat sporting dan bekerjasama dalam menjayakan trip                             

 – Trip sebegini amat sesuai untuk mereka yang baru berjinak-jinak dalam arena pancingan Laut Dalam         
  – Kepada tekong AD-1 kami ucapkan berbanyak terima kasih atas kerjasama dan harap ada diskaun pada trip akan datang.Antara Tekong Terbaik Yang Pernah Kami Temui.Abg AD memang best
Untuk Maklumat Lanjut

Tel: 019-5748722 (Tekong AD @ Awang)

Website: BOTSEWAPANCING.WEBS.COM

Emel: stoz816401@gmail.com / TekongAD@yahoo.com